Monday, 16 January 2017

SUP SAYUR LOBAK PUTIH

Image may contain: food

Lobak putih salahsatu sayuran yg berkhasiat n 

Elok utk mereka yg ada kencing kotor. Kalau boleh blend mentah2 terus minum lg bagus tpi xsanggup sbb baunya hancing..hahha

Siap utk dihirup n mkn dgn nasi panas + kicap cili potong + ikan goreng pon dh cukup...


Image may contain: food
Bahan2nya:

Sebiji lobak putih saiz sederhana
4 biji bwg putih ditumbuk kasar
Setengah biji bwg merah besar diracik
7 ekor udang yg dibuang kulit
1 peket fishball saiz kecil
2 biji cili merah pedas/cili merah biasa jika xthn pedas
Lobak merah setengah biji potong ikot suka ye
5 pelepah daun sup bkn 5 btg ye hehe potong panjang
Lada hitam lebihkurang setengah sudu kfc
Garam secukup rasa
1/3 dr satu kiub ikan bilis
Minyak utk menumis dlm 2 sudu mkn
2 mug air
Image may contain: foodImage may contain: food

Image may contain: one or more people and food




SAMBAL KERANG



Sambal Kerang

Bahan-bahannya :

Semangkuk kecil isi kerang /secukupnya 
*(kerang yg direbus n kopek sendiri lagi sedap dan manis)
1 cwn air rebusan kerang
belacan sebesar ibu jari *optional (saya tak letak)
2 senduk cili kisar
Setengah biji bawang besar saiz kecil - dikisar/tumbuk
4 biji bawang putih  - dikisar/tumbuk
Setengah biji bawang besar dipotong melintang atau belah ikot suka la ye
bancuhan air asam jawa dr 1 sudu mkn asam jawa  
*(jgn byk sgt sbb kita dh ada air rebusan tadi).
1 senduk minyak utk menumis
gula secukupnya
garam secukupnya
1/3 dr satu kiub ikan bilis knorr


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak, bila dah panas masukkan bawang besar kisar + bawang putih kisar + cili kisar, tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Jika cili tak masak betul sambal kita tak sedap nanti. *(jika nk letak belacan masukkan waktu ni ye).

2. Selepas itu masukkan air asam,kacau rata jgn sampai hangus api biar sederhana. Masukkan pula air rebusan kerang biar menggelegak sekejap jika cair sgt sambal tu biar dia pekat sikit

3.Kemudian masukkan kiub bilis dan sesuaikan rasa dengan gula dan garam. Masukkan bawang potong tadi biar agak layu-layu sedikit jgn terlalu masak, dan matikan apinya. Siap!

SELAMAT MENCUBA....



Sunday, 15 January 2017

SIAKAP SWEET SOUR

Image may contain: food



Siakap Sweet Sour guna apa yg ada dlm peti sejuk je xyah fikir xder nenas la..xder ni la..xjadi nk masak sweet sour.. mmang la klu ada nenas lg terangkat....tpi cam gini pon ALHAMDULILLAH tidak mengecewakan hehe😙😙 lebihkn sos/ kuahnya sbb favourite ank2 syurga saya.


SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-Bahan:

Seekor ikan siakap
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar cili giling
3 sudu sos tiram
1setengah biji tomato potong dadu n separuh potong besar2
1 mangkuk nenas yang dipotong kecil *(xletak xder stok)
2 sudu kecil sos ikan*(xletak xder stok)
1 biji bwg besar yang sudah dipotong bulat-bulat
Beberapa helai daun bwg n sedikit carrot untuk dijadikan hiasan *(daun bwg xder guna daun sup).

Bahan utk diracik :

1 biji bwg besar
2 cm halia
4 ulas bawang putih


Image may contain: food




Image may contain: food

Image may contain: food


Cara Penyediaan :

1.Goreng ikan sehingga garing.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, putih,halia dan cili kisar. Tumis sehingga naik bau.
3.Masukkan tomato dadu tadi dan selepas itu masukkan sos cili + sos tiram.
Campurkan sedikit air dan biarkan sehingga ia mendidih
4.Letakkan tomato yg dipotong besar2 dan bwg besar yg di potong bulat sekali.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Setelah masak, tuangkan kuah ke atas ikan yang sudah digorengkan tadi dan hiaslah mengikut kreativiti anda ye.


KEK LEMON



Ni requested dr ank dara kecik saya..

KEK LEMON

Bahan-bahannya:
2 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
3/4 cwn gula castor
2 sudu mkn susu pekat
Setengah cwn butter
Setengah cwn minyak jagung
1 sudu mkn lemon emulco atau perahan sebiji lemon
1 sudu teh esen lemon
Parutan lemon *optional saya tak letak.

Cara-caranya:
1. Pukul butter + gula + minyak hingga kembang menggunakan mixer.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga adunan kembang sekata.
2.Setelah itu masukkan tepung sedikit sedikit n terus kacau guna mixer.
3. Masukkan pula susu pekat n kacau hingga adunan sekata. Letakkan lemon emulco + esen lemon.Kacau rata.
4. Griskan margerin/ minyak pada loyang. Tuangkan adunan. Bakar pada suhu 170°C selama 30 minit. Bergantung pd oven masing2.
**Optional : utk lebih menarik/ sedap boleh letakkan butter krim / coklat hashey syrup sebagai topping.
SELAMAT MENCUBA...

Nampak tak moist tak hehe..

menikmati sampai nk tido ke dikk..

Tangan kiri pon masuk mulut juge.. mama jentik baru tau

Monday, 5 December 2016

KEK PISANG GEBUS



KEK PISANG GEBUS
Bahan2 nya:
3 cwn tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
2 cwn pisang yg telah dilenyek
1 + setengah cwn minyak jagung
1/3 drpd sebuku buttercup...* fhm ke hihi
2 biji telor
2 cwn gula halus *(jika pisang tu manis krgkn)
Sedikit choc chip
Cara-caranya:
1. Blend telor + gula shingga kembang
2. Masukkan pisang dan minyak
3. Masukkan pula tepung yg telah diayak bersama soda bikabonat n baking powder. Gaulkan hingga sebati
4. Tuangkan adunan kedalam loyang, taburkan choc chip diatasnya
5. Bakar pada suhu 175 °C selama 45 minit *(bergantung kpd oven mmasing)

AYAM MASAK BLACK PEPER ala sate

Bahan-bahannya:
3 keping boneless chicken atau 3 genggam isi ayam yg telah dipotong sederhana kecil yg telah diperap selama 10 minit klu lama lg sedap..

**Bahan-bahan perapan
2 btg serai
1 biji bwg besar merah
4 biji beg putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup / sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit gula

Bahan- bahan tumis:
5 sudu besar minyak masak
1 biji bwg besar dipotong bulat
2 biji cili padi merah potong serong/ belah dua
3 sudu besar sos tiram jalen / adabi
3 sudu besar sos cili
1 sudu kicap lemak manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam * jika suka pedas boleh lebihkn
Serbuk perasa *optional

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak. Masuk ayam yg telah diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak.
2. Masukkan serbuk lada hitam + sos tiram + sos cili + kicap + cili potong n goreng sehingga masak. Jika nk berkuah sedikit masukkan sedikit air masak.
3. Kemudian masukkan bwg yg telah dipotong. Balikkan hingga bwg layu.
4. Masukkan garam n sesuaikan rasa...

Tada...siap jom makan ngan nasi panas2 yummy
— feeling happy.

TENGGIRI SZENCHUAN



Bahan-bahannya:

3 potong ikan tenggiri
3 ulas bawang putih ~diracik
1 biji bawang besar~dipotong bulat/biasa *sukahati la
1 inci halia muda ~di potong nipis
2 - 3 biji cili merah pedas / cili hijau
sebiji tomato saiz sedang ~dibelah 4
1 sudu kecil serbuk lada hitam / lada hitam tumbuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar asam jawa bancuhkan dgn secawan air
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
minyak masak
separuh kiub ikan bilis knorr


Cara-caranya :

1. Lumurkan kepingan ikan yang telah dibersihkan bersama kunyit + sedikit garam (jangan terlalu banyak sbb sos tiram dah masin).  

2. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi jangan terlalu garing, angkat ketepikan.

3. Salinkan minyak gorengan tadi, tinggalkan hanya lebihkurang 2 sudu besar dan tumis bawang putih, halia, sedikit dari bawang besar potong tadi dan cili hingga naik bau.

4. Masukkan sos tiram, air asam jawa, kacau dan masukkan lada hitam biar menggelegak sekejap.

 5. Masukkan pula potongan tomato, kiub ikan bilis knorr. sesuaikan rasa. Jika kurang masin boleh la tambah garam. Masak sehingga tomato agak layu sedikit bolehlah tutup api.

SELAMAT MENCUBA..😊