Monday, 16 January 2017

SAMBAL KERANG



Sambal Kerang

Bahan-bahannya :

Semangkuk kecil isi kerang /secukupnya 
*(kerang yg direbus n kopek sendiri lagi sedap dan manis)
1 cwn air rebusan kerang
belacan sebesar ibu jari *optional (saya tak letak)
2 senduk cili kisar
Setengah biji bawang besar saiz kecil - dikisar/tumbuk
4 biji bawang putih  - dikisar/tumbuk
Setengah biji bawang besar dipotong melintang atau belah ikot suka la ye
bancuhan air asam jawa dr 1 sudu mkn asam jawa  
*(jgn byk sgt sbb kita dh ada air rebusan tadi).
1 senduk minyak utk menumis
gula secukupnya
garam secukupnya
1/3 dr satu kiub ikan bilis knorr


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak, bila dah panas masukkan bawang besar kisar + bawang putih kisar + cili kisar, tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Jika cili tak masak betul sambal kita tak sedap nanti. *(jika nk letak belacan masukkan waktu ni ye).

2. Selepas itu masukkan air asam,kacau rata jgn sampai hangus api biar sederhana. Masukkan pula air rebusan kerang biar menggelegak sekejap jika cair sgt sambal tu biar dia pekat sikit

3.Kemudian masukkan kiub bilis dan sesuaikan rasa dengan gula dan garam. Masukkan bawang potong tadi biar agak layu-layu sedikit jgn terlalu masak, dan matikan apinya. Siap!

SELAMAT MENCUBA....



No comments:

Post a Comment