Sunday, 15 January 2017

SIAKAP SWEET SOUR

Image may contain: food



Siakap Sweet Sour guna apa yg ada dlm peti sejuk je xyah fikir xder nenas la..xder ni la..xjadi nk masak sweet sour.. mmang la klu ada nenas lg terangkat....tpi cam gini pon ALHAMDULILLAH tidak mengecewakan hehe😙😙 lebihkn sos/ kuahnya sbb favourite ank2 syurga saya.


SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-Bahan:

Seekor ikan siakap
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar cili giling
3 sudu sos tiram
1setengah biji tomato potong dadu n separuh potong besar2
1 mangkuk nenas yang dipotong kecil *(xletak xder stok)
2 sudu kecil sos ikan*(xletak xder stok)
1 biji bwg besar yang sudah dipotong bulat-bulat
Beberapa helai daun bwg n sedikit carrot untuk dijadikan hiasan *(daun bwg xder guna daun sup).

Bahan utk diracik :

1 biji bwg besar
2 cm halia
4 ulas bawang putih


Image may contain: food




Image may contain: food

Image may contain: food


Cara Penyediaan :

1.Goreng ikan sehingga garing.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, putih,halia dan cili kisar. Tumis sehingga naik bau.
3.Masukkan tomato dadu tadi dan selepas itu masukkan sos cili + sos tiram.
Campurkan sedikit air dan biarkan sehingga ia mendidih
4.Letakkan tomato yg dipotong besar2 dan bwg besar yg di potong bulat sekali.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Setelah masak, tuangkan kuah ke atas ikan yang sudah digorengkan tadi dan hiaslah mengikut kreativiti anda ye.


No comments:

Post a Comment