Apa-apa ajer yg ku suka...cetusan minda, hobi, ilmu bermanfaat untuk dikongsi bersama..
Wednesday, 19 November 2014
Cauliflower Udang Galah Kering
Tumis Cauliflower bersama Udang Galah Kering
Bahan-bahannya :
Cualiflower secukupnya
Separuh dari sebatang lobak merah
sedikit kobis
2 biji cili merah (Saya guna cili api warna merah sbb nak pedas)
2 biji bawah merah kecil
2 biji bawang putih
setengah genggam isi udang galah kering
2 sudu besar sos tiram adabi
sedikit garam ( jika sudah masin x perlu masukkan)
sedikit air
sedikit minyak utuk menumis
Cara-caranya :
1.Potong cauliflower, jgn terlalu tebal, potong lobak merah secara memanjang dan juga kobis.
2.Bawang merah + bawang putih + cili diracik
3. Basuhkan isi udang galah dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, masukkan bawang2 + cili yang diracik tadi, masukkan sos tiram dan masukkan isi udang galah tadi...
5. Masukkan air, selepas itu masukkan sayur2 kacau rata.. cukupkan rasa dgn garam tadi.
6. Jangan terlalu lama..agak2 masak terus angkat sbb klu terlalu masak sayur tak berapa sedap nanti.
Hidang bersama nasi panas memang meletop hahaha..poyos jer kan..
Selamat mencuba !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment