Wednesday, 19 November 2014

Laksa Goreng




Laksa Goreng

Bahan-bahannya :

1/2 peket laksa kering (guna laksa basah lagi mudah)
sedikit kobis
sawi (saya x letak anak2 x suka)
Fishcake
fishball
udang (sukahati anda banyak mana.. lg byk lg sedap kan hihi)
3 sudu besar cili giling/ cili boh (tak mau pedas krgkan)
3 sudu besar sos tiram adabi
2 sudu sos tomato
1/2 (separuh) bawang biji besar (ditumbuk/blend)
4 biji bawang putih (ditumbuk /blend)
garam secukupnya
minyak untuk menumis
serbuk perasa (optional)

Cara-caranya :

1.Tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling hingga naik bau. 

2.Masukkan fishcake, fistball..Lepas tu masukkan sos tiram dan sos tomato..tambah garam sesuaikan rasa..

3.Kemudian masukkan udang dan laksa, balik2kan sehingga mesra sekata..

4.Akhir sekali masukkan sayur kobis dan serbuk perasa jika suka.Gorengkan sehingga masak. 

Laksa goreng ini lebih sedap jika ditambah perahan limau dan hiaskan bersama daun bawang..

Selamat mencuba! ;)








Cauliflower Udang Galah Kering


Tumis Cauliflower bersama Udang Galah Kering

Bahan-bahannya :

Cualiflower secukupnya
Separuh dari sebatang lobak merah
sedikit kobis
2 biji cili merah   (Saya guna cili api warna merah sbb nak pedas)
2 biji bawah merah kecil
2 biji bawang putih
setengah genggam isi udang galah kering
2 sudu besar sos tiram adabi
sedikit garam ( jika sudah masin x perlu masukkan)
sedikit air
sedikit minyak utuk menumis

Cara-caranya :

1.Potong cauliflower, jgn terlalu tebal, potong lobak merah secara memanjang dan juga kobis.

2.Bawang merah + bawang putih + cili diracik 

3. Basuhkan isi udang galah dan ketepikan.

4. Panaskan minyak, masukkan bawang2 +  cili yang diracik tadi, masukkan sos tiram dan masukkan isi udang galah tadi...
5. Masukkan air, selepas itu masukkan sayur2  kacau rata.. cukupkan rasa dgn garam tadi.

6. Jangan terlalu lama..agak2 masak terus angkat sbb klu terlalu masak sayur tak berapa sedap nanti.

Hidang bersama nasi panas memang meletop hahaha..poyos jer kan..

Selamat mencuba !




Ikan Sardin Bakar mudah

Ikan Sardin Bakar mudah

Bahan-bahannya :

3 Ekor ikan sardin sederhana
1 senduk cili yang telah diblend/ cili boh
1 kiub tomyam knorr
Pembalut aluminium (aluminium foil) secukupnya

Cara-caranya :

1. Satukan cili yg telah diblend bersama  kiub tomyam tadi kedalam mangkuk, gaulkan hingga sebati.
2.Masukkan ikan yang telah dibersihkan ke dalam mangkuk dan lumur ikan tersebut dengan adunan cili yang telah dicampur kiub tomyam sehingga rata.
3. Kemudian bentangkan aluminium foil dan letakkan ikan dan balut sempurna...
4. Bakar ikan tersebut didalam periuk ajaib are ikan sehingga masak. Kalau tak ada pemanggang ajaib tersebut bakar di atas kuali burger juga boleh.

Selamat mencuba !